Tuesday, January 3, 2012

PENGORBANAN

Assalamualaikum .
Pengorbanan adalah salah satu perkara yang amat besar yang kita lakukan dalam setiap kehidupan yang kita hadapi. Seperti yang ingin iman kongsikan di sini. Kisah pengorbanan seorang ibu dan anak2 dalam satu keluarga yang amat sederhana. Walaupun pengorbanan kami sekeluarga tidak pernah dihargai tetapi kami redha dengan setiap apa yang berlaku. Sungguh tak percaya mama begitu kuat menghadapi dugaan hidup selepas ketiadaan papa. Mama nampak tenang dan kuat tpi hanya kami yang tahu betapa mama memendam rasa dan amat merindui papa. Dugaan dengan pemergian papa buat selamanya adalah sesuatu yang sukar untuk keluarga kami tempuh. Sentiasa difikiran macam mana hendak hidup dengan ketiadaan papa di sisi kami. Macam mana itu, macam mana ini sentiasa berlegar2 di fikiran. Sesuatu perkara yang sukar dipercayai. Begitu cepat dia meninggalkan kami sekeluarga. Papa menghabiskan sisa hidupnya dengan meninggalkan kami di muar dan menjaga bapanya yang sakit di pontian. Seminggu sekali papa akan balik menjenguk kami di muar.Di saat akhir hidupnya dia menjadi seorang pendiam. Tiada lagi gurauannya bersama anak2 dan isteri. 3 hari sebelum dia meniggal dia memberitahu kami supaya menjaga diri dengan baik. Seperti yang along katakan , dapat jumpa papa buat kali terakhir , dengan memohon maaf dan dapat bercakap dengannya sebelum nafas terakhir sudah cukup bagus buat kami sekeluarga , tapi itu semua tidak dapat kami lakukan. Kami hanya dapat melihat papa yang sudah tidak bernyawa sahaja. Melihat jenazahnya dimandikan , dikapankan dan megucupnya buat kali terakhir membuatkan kami rasa sebak. along dang angah lah yang menguruskan jenezah papa . Iman bangga dengan along dan angah. Siapa sangka dengan umur papa yang begitu muda meninggalkan isteri dan anak2 yang masih memerlukan dia disisi. Pada awalnya mama cukup merana dengan ketiadaan papa , tapi anak2 yang telah membuatkan mama kuat dan mama juga yang memberi kami kekuatan untuk menghadapinya. Cuba bayangkan along yang nak exam seminggu selepas papa meninggal, angah nak SPM, macam mama kami nak tempoh, jika korang dapat rasa apa yang kami rasa ini , sungguh sakit dan pedih untuk ditelan. Tetapi hidup terpaksa diteruskan dengan sabar dan tabah , walaupun dugaan ini amat besar bagi kami. Selepas ketiadaan papa di sisi , semua perkara harus kami lakukan bersama seperti membayar bil api dan air , menjaga motor dan kereta dan banyak lagi. Tetapi mama tetap kuatkan diri untuk melakukannya bersama2 kami. Pada tahun ini , buat pertama kalinya kami menyambut hari raya haji tanpa papa disisi kami. Hillang la sudah tempat bergantung kami , tempat kami mengadu , tempat kami meminta apa sahaja. Dia meninggalkan kami begitu sahaja tanpa mengucapkan selamat tinggal. Belum sempat mama dan kami adik beradik memohon ampun padanya, dia pergi begitu sahaja. adakah allah sedang menguji kami ? Walaupun hanya segelintir orang yang prihatin pada kami dan memahami kami tetapi kami amat mengharagainya , terima kasih kepada ibu ayah yang banyak bantu kami , tidak buat kami rasa tersisih dan menyayangi kami. Ciknor , neknab terutamanya cik ct yang telah banyak memberi semangat pada keluarga kami. Tidak ketinggalan abg2 iman , firdaus, fiqri , hazim , mirza , mardhiah tetap tak lupakan kami dan sentiasa ceriakan kami. Terima kasih pada kak ngah belikan iman kelengkapan sekolah. Iman takkan lupakannya. Jiran K-Pop thanks a lot and i love you all. Tak lupa juga pada tok mak, tok agong, tok uncle dan tok wi yang berada di pontian. Terima kasih banyak2. Kami doakan agar mama kuat hadapi kenyataan ini dengan tabah walaupun masih sukar untuk menerimanya sehingga sekarang. Semoga anak2 mama berrjaya di masa akan datang dengan membina semula nama keluarga khairudin dengan sempurna. Mama... along, angah dan iman akan sentiasa ada bersama2 mama dlm keadaan susah dan senang.Doakan kejayaan kami dan menjadi anak yang soleh dan solehah dan dilindungi allah. AMIN ..

Maaf jika ada salah silap di tulisan iman ni. Saja nak kongsi bersama2. Terima kasih banyak2 pda semua yg membaca.

#papa ! segala kenangan yang kami adik beradik dan mama hadapi bersama papa selama ni tidak dapat kami lupakan sampai akhir hayat kami , segala pengorbanan yang papa lakukan pada keluarga kita , kami hargai dan akan tetap berada di ingatan kami . semoge papa tenang di sana dan ditempatkan bersama orang2 yang beriman . amin .


AL FATIHAH......... WE LOVE YOU PAPA



create by ,
Nur Ridwah Iman bt Khairudin <3

No comments:

Post a Comment